Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu

Monday 25 January 2016

Banaras tanah gersang epd1


Miqdad meniti jalan atas nama tuhannya . Allah S.W.T. Diwujudkan makhluk di atas muka bumi untuk taat kepadaNya dan ikut cara Nabi Muhammad. Dia perlu belajar sesutu untuk dirinya. Tidak mahu menghabiskan sisa kehidupannya dengan sesuatu yang sia. Kerana kehidupan itu pendek.  Akhirat itu selamanya.

Yakin keputusan yang dia ambil. Allah kurniakannya kejayaan untuk dia menamatkan zaman belajar sekian lama terpenjara dengan kesusahan yang dialami. Nikmat apa lagi yang kamu ingin dustakan. Dan dia perlu tebus.  Ini bukan hamasah dan akhirnya kecundang kerana dipijak nafsu.

Keluarga benarkan hasratnya. Manusia ini tekad untuk mencari sesuatu pada dirinya. Setiap manusia ada benda yang berharga dalam dirinya. Kadang kita yang tidak nampak. Hanya lihat benda luaran bukan dalaman.

Tidak perlu untuk beristikaharah sesuatu yang baik. Kau gila? Kerana perkara itu memang Allah suka. Kenapa tidak belajar agama di Malaysia saja. Banyak daurah. Banyak pondok. Banyak Ustaz yang mantap ilmunya. Kerana dia mahukan mujahadah. Barangsiapa yang bermujahadah di jalan Allah, pasti Allah akan buka pintu hidayah. Adapun bukan di kampung kita, pasti di kampung sebelah. Bermusafir ini akan buka mata yang kabur.

Persiapan yang dibuat tidak sehebat mana. Yang penting iman itu perlu diusahakan. Kerana kita belajar agama untuk usahakan iman. Apabila iman hebat, perkara lain akan hebat. Hebat sampai boleh hidupkan manusia yang mati? Usaha ini adalah usaha pengorbanan.

Dia takut suatu hari nanti dia akan tewas. Tewas kerana pekerjaan. Tewas kerana harta. Tewas kerana wanita. Ini semua kerana  iman tidak diusahakan. Akan jadi mereka risau akan perut mereka. Tidak kisah makan halal dan haram. Risau akan kebendaan dan sentiasa mengejar. Menjadikan wanita kiblat mereka dan agama mereka adalah matawang.

Berhijrah kerana Allah dan RasulNya, akan dapat Allah dan RasulNya. Berhijrah kerana wanita untuk dikahwini, akan dapat. Berhijrah kerana dunia, akan dapat dunia. Nawaitu setiap manusia. Berhijrah kerana Allah dan RasulNya akan disusuli dengan perkara lain. Berjalan menuju Allah, Berlari Allah menuju hambaNya.

Satu ketika Allah minta Jibrail untuk terbalikkan kampung itu. Jibrail kata, di kampung itu ada orang soleh. Allah kata, kalau begitu azab dia dahulu. Dan baru kampung seisinya. Kerana dia hanya beribadat dan tidak ada risau akan penduduk kampungnya.

Dia mahu belajar lagi dan lagi sampai dia tiada lagi. Dilahirkan dari tanah dan akan dikembalikan ke tanah jua.

Dia cari Allah dan dia gembira.

Banyak korban banyak faham. Sikit korban sikit faham. Tidak korban tidak faham. Salah korban salah faham.


Semuanya baru bermula…..