Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu

Saturday 8 September 2012

INDAH ITU CANTIK [e.1]


Hadirin hadirat yang dimuliakan oleh ALLAH sekalian. Pada malam ini, unit kokurikulum  akan mengadakan majlis ilmu di dataran berkaitan "KETUANAN ISLAM". Para jemaah dijemput hadir untuk memeriahkan majlis tersebut.

 KETUANAN ISLAM? Terpanggil hati Mail untuk mengetahuinya. Kata-kata bilal yang membuat iklan sebelum khutbah, masih terngiang-ngiang di telinganya. Menarik tajuk tersebut. Macam-macam persoalan yang bermain di fikiran Mail. Yang paling menusuk di fikirannya, adakah tajuk pada malam ini berkaitan dengan anak-anak muda yang tidak mengamalkan Islam secara menyeluruh. Ataupun ada kaitan dengan maruah Islam di negara ini.

"InsyaALLAH aku akan datang. tak rugi kalau datang. Esok bukannya ada kelas. Sekurang-kurang aku dapat tambahkan tetamu yang hadir."

-------------------------------

Usop : Mail! aku nak jumpa kau sat. Ada perkara penting aku nak habak kat kau.

Mail : Kau ni. Terperanjat aku. kau tau apa hukum sergah orang tanpa salam?

Usop : erk. ada ke. alaa Mail. ni hah. tadi aku terserempak dengan imam. Dia kata penceramah malam ni dari sekolah yang kat seberang jalan tu. Dan selepas aku mengimbas balik yang kau pernah sekolah situ, tu yang aku teringat kat kau. malam ni ustaz kau datang wei. untungla. ustaz sekolah mai sini.

Mail : serious?

Usop : eh, tak la. main-main. yela. Ustaz kau datang Mail. ada mengerti? Nama ustaz tu, Ustaz Azahari. kalau tak silap aku. kau kenal?

Mail : wah! betul ke ni? kenal sangat-sangat sop. da lama aku tak jumpa ustaz Azahari. Ya ALLAH, rindu wei aku nak jumpa ustaz tu. kau nak temankan aku tak pergi ceramah malam ni?

Usop : hehe. memang aku nak pergi Mail. tapi aku ada assignment yang kena siapkan la. aku da janji dengan classmate. nak buat sama-sama. janji harus ditepatikan?

Mail : Yela. Masa aku nak ajak pergi tempat baik, masa tu la kau ada alasan.

Usop : nanti kau cerita la balik. record tau. kau kan baru beli mp5. kehkehkeh.

-----------------------------------

Menjadi rutin bagi Mail solat berjemaah di masjid. Paling lekeh pun, Mail akan solat berjemaah dua waktu dalam sehari. Maghrib dan Isya'. Sebabnya, waktu tersebut umpama ibu ayam yang mendapat telur keemasan. Tiada kelas di malam hari dan Mail berpeluang untuk mengimarahkan masjid.

Selepas memberi salam terakhir solat Isya', Mail terpandang seorang makmum yang pernah dia kenali.

 "Aku macam kenal ustaz ni. Ya ALLAH. Ustaz Azahari!", bisik Mail.

Mail : Assalamualaikum ustaz.

Ustaz Azahari : Waalaikumussalam. eh, saya macam kenal kamu. emm. kamu ni Ismail bukan?

Mail : A'ah ustaz. hehe. tak sangka ustaz kenal saya lagi.

Ustaz Azahari : ish kamu ni. mesti la kenal. kamu belajar sini ye sekarang? da besar kamu sekarang. janggut pun da tumbuh. hehe.

Mail : hehe. ustaz ni. Ustaz sihat?

Ustaz Azahari : Alhamdulillah. ustaz sihat. Masih sihat dan perkasa. kamu?

Mail : Sama juga ustaz. Alhamdulillah. Sihat walafiat .tak sangka ustaz bagi ceramah kat sini. teruja saya sebagai anak murid ustaz. Macam mana ustaz perkembangan di sekolah?

Ustaz Azahari : Ustaz diminta berceramah di sini Mail. Sekolah? Alhamdulillah. Still macam kamu pernah bersekolah disitu. Masih aman dan tenteram. hah! tempat kamu ni kan dekat dengan sekolah. Bila-bila masa datang la sekolah. Nak jalan kaki dari sini pun ok Mail. Bekas atlet sekolah takkan tak larat. hehe

Mail : hehe. memang la ustaz dekat tapi saya tiada transport nak pergi sekolah. InsyaALLAH. nanti bila berkelapangan saya pergi sekolah. jumpa ustaz ustazah. adik-adik.

Ustaz Azahari : Macam tu la Mail. Tapi Mail, kamu jangan janji dengan ustaz. Janji dengan ALLAH. Ustaz tidak ada-ada apa. ni Mail. lagi satu, esok rumah ustaz ada buat makan-makan sikit. Jemput la datang. Ajak kawan-kawan sekali. Da lama ustaz tak jumpa kamu semua. lagi-lagi si Amar tu. Entah macam mana dia sekarang.

Mail : Ajak makan ustaz? Ustaz salah tanya orang ni. mesti saya datang ustaz. hehe. InsyaALLAH. Akan saya usahakan. nanti saya contact kawan-kawan saya.

Ustaz Azahari : Ok la Mail. Ustaz da nak kena pergi dataran. Jumpa kat sana ye. (senyum)

Mail : Ok ustaz. see you later. (senyum)


Bersambung....